how to make a website for free

PRIVACY POLICY

1. PENGENALAN

Kami, I-Stone Group Berhad yang juga merangkumi kumpulan syarikat-syarikat kami ("Kumpulan I-STONE") menghormati hak privasi anda dan kami menghormati semua data peribadi yang anda berikan kepada kami. Kumpulan I-Stone bertekad untuk melindungi data peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada Kumpulan I-STONE. Kumpulan I-STONE tertakluk dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta PDP") dan semua undang-undang yang terpakai di Malaysia berkenaan dengan perlindungan privasi yang menetapkan beberapa prinsip berkaitan data peribadi dan perlindungan pengguna di Malaysia.

Bagi tujuan Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini, "data peribadi" mempunyai makna yang sama sepertimana yang terkandung di dalam Akta PDP tersebut iaitu apa-apa maklumat yang berkenaan dengan transaksi komersial yang:-

(a) sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu

(b) direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau

(c) direkodkan sebagai sebahagian daripada system pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada system pemfailan yang berkaitan

yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data, termasuk apa-apa data peribadi sensitive dan penyataan pendapat tentang subjek data itu; tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses bagi maksud suatu perniagaan pelaporan kredit dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010

Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan dalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
 

2. JENIS DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN

Sepanjang transaksi dan urusan anda dengan Kumpulan I-STONE, anda mungkin diminta dari masa ke semasa untuk memberikan Kumpulan I-STONE, secara langsung atau melalui borang laman web dan/atau kaedah elektronik yang lain, data peribadi anda yang mungkin termasuk nama, jantina, usia, status perkahwinan, tarikh lahir, bangsa, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, nombor passport, maklumat visa, alamat surat-menyurat, alamat emel, nombor telefon, pekerjaan, lingkungan pendapatan, butiran kad kredit atau butiran akaun bank, atau apa-apa butiran peribadi /atau maklumat lain yang berkaitan bagi tujuan pengumpulan data peribadi yang terkandung di dalam bahagian 3 (a) di bawah ini.

Jenis data peribadi yang dikumpul adalah bergantung kepada sifat urusan atau transaksi anda dengan Kumpulan I-STONE. 

3. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

(a) Kumpulan I-STONE mungkin akan mengumpul, menyimpan, menggunakan dan selainnya memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:-

(i) menyediakan anda dengan perkhidmatan di bawah mana-mana perniagaan Kumpulan I-STONE; atau

(ii) memproses permohonon atau pendaftaran di bawah mana-mana program dan/atau aktiviti-aktiviti yang diaturkan atau dikendalikan oleh Kumpulan I-STONE atau berkaitan dengan permohonan perkerjaan anda; atau

(iii) memaklumkan anda berkenaan perkhidmatan produk sama ada masa kini atau di masa depan, promosi termasuk penghantaran notis dan bahan pengiklanan dan/atau pemasaran kepada anda (termasuk notis melalui media sosial); atau

(iv) penjualan produk yang ditawarkan oleh Kumpulan I-STONE kepada anda; atau

(v) memasuki mana-mana urus niaga, perjanjian atau surat cara dalam urusan perniagaan biasa Kumpulan I-STONE; atau

(vi) menunaikan kewajipan kontrak Kumpulan I-STONE dalam urusan perniagaan biasa Kumpulan I-STONE; atau

(vii) menuntut pembayaran tertunggak yang kena di bayar kepada Kumpulan I-STONE; atau

(ix) taksiran kredit dan penentusahan latar belakang lain yang perlu atau sesuai bagi Kumpulan I-STONE atau bagi tujuan pengambilan kerja; atau

(x) pengurusan sumber manusia; atau

(xi) menunaikan kewajipan Kumpulan I-STONE di bawah Akta Syarikat 2016 (seperti yang dipinda pada masa ke semasa) dan undang-undang, peraturan, arahan, garis panduan yang berkenaan pada Kumpulan I-STONE; atau

(xiii) bagi aktiviti-aktiviti perniagaan yang sah daripada Kumpulan I-STONE;

(xiv) untuk tujuan-tujuan lain yang bersampingan atau berkaitan atau lanjutan dari tujuan-tujuan yang diberikan di atas

(b) Untuk memudahkan perkara-perkara yang dirujuk di dalam Bahagian 3(a) di atas, ia adalah wajib bagi anda untuk membekalkan Kumpulan I-STONE dengan data peribadi yang mencukupi sepertimana yang dikehendaki oleh Kumpulan I-STONE. Jika anda gagal untuk membekalkan data peribadi sepertimana yang dikehendaki, Kumpulan I-STONE:

(i) tidak dapat menyampaikan notis-notis diperlukan, perkhidmatan dan/atau produk yang dimintai;

(ii) tidak dapat memproses permohonan atau pendaftaran anda bagi perkhidmatan, produk, program dan/atau aktiviti yang di perlukan; dan/atau

(iii) tidak dapat masuk ke dalam transaksi, perjanjian atau urus niaga yang perlu dengan anda atau berkenaan dengan anda.

(c) Jika anda tidak mahu Kumpulan I-STONE menzahirkan, memindahkan, menggunakan atau memproses data peribadi anda selain bagi perkara-perkara yang di senaraikan di dalam bahagian 3 (a) di atas, atau jika anda ingin menarik balik persetujuan anda atau sebahagian daripadanya atau jika anda ingin menghadkan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi Kumpulan I-STONE secara bertulis kepada pegawai yang berkenaan seperti yang dimaklumkan di bahagian 7 (c) di bawah ini. 

4. PENZAHIRAN

Kumpulan I-STONE akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak berikut sepertimana yang diperlukan bagi tujuan-tujuan yang terkandung di dalam bahagian 3 (a) di atas atau untuk tujuan-tujuan sah yang lain

(a) Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bank Negara Malaysia, Pegawai Pemegang Harta Bahagian Insolvensi Malaysia, mana-mana pihak, perbadanan atau agensi kerajaan di bawah undang-undang, arahan atau peraturan mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa yang berkenaan;

(b) mana-mana syarikat berkaitan dan anak syarikat Kumpulan I-STONE;

(c) rakan kongsi perniagaan dan anggota gabungan Kumpulan I-STONE;

(d) juruaudit, konsultan, akauntan, peguam atau penasihat kewangan termasuk institutsi kewangan yang berkaitan;

(e) agen, pengedar, operator rangkaian, perkhidmatan atau pembekal produk pihak lain;

(f) mana-mana institutsi kewangan, peguam, dan penasihat professional yang dilantik oleh anda;

(g) mana-mana pihak dibawah kewajipan kerahsiaan kepada Kumpulan I-STONE; dan/atau

(h) entiti lain yang Kumpulan I-STONE anggap patut 

5. POLISI PERLINDUNGAN

Kumpulan I-STONE akan mengambil langkah-langkah praktikal untuk melindungi data peribadi anda dari kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan dengan mengambil kira

(a) sifat data peribadi dan kemudaratan yang mungkin timbul;

(b) tempat atau lokasi di mana data peribadi itu disimpan;

(c) apa-apa langkah keselamatan yang digabungkan ke dalam apa-apa kelengkapan di mana data peribadi itu disimpan;

(d) langkah yang diambil bagi memastikan kebolehpercayaan, integriti, dan kewibawaan personel yang mempunyai akses kepada data peribadi; dan

(e) langkah yang diambil bagi memastikan pemindahan selamat data peribadi itu

Kumpulan I-STONE akan memastikan bahawa mana-mana dasar keselamatan yang digubal atau dilaksanakan oleh Kumpulan I-STONE mematuhi tahap keselamatan yang dikehendaki di bawah Akta PDP tersebut dan apa-apa undang-undang yang berkuat kuasa dari masa ke semasa

Maklumat Peribadi anda mungkin perlu dipindahkan kepada entiti lain atau pembekal perkhidmatan yang terletak di negara-negara di luar Malaysia. Ini mungkin berlaku apabila pembekal dan penyedia perkhidmatan Kumpulan I-STONE itu berada di luar Malaysia atau di mana anda telah menggunakan perkhidmatan kami di negara luar Malaysia. Dalam keadaan ini Kumpula I-STONE akan mengambil langkah- langkah untuk memastikan hak-hak privasi anda dilindungi mengikut Dasar Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini. 

6. TAHAP PENYIMPANAN 

Kumpulan I-STONE akan menyimpan data peribadi yang diberi oleh anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi sebab-sebab dimana ia di perlukan atau apa-apa tempoh masa yang lain yang diperlukan dan / atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa dari masa ke semasa

Jika mana-mana data peribadi tidak lagi diperlukan bagi maksud yang mana ia diproses, Kumpulan I-STONE akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi tersebut adalah dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal. 

7. HAK AKSES DAN PEMBETULAN

Di bawah Akta PDP, anda mempunyai hak akses kepada data peribadi anda yang dipegang oleh kami tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan seperti yang terkandung didalam Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi (Fi) 2013.
Sekiranya anda tahu bahawa data peribadi anda yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, anda harus membuat permintaan bertulis kepada kami untuk mengemaskini data tersebut. Anda boleh menghantar permintaan atau sebarang pertanyaan kepada kami secara bertulis epada Kumpulan I-STONE di alamat berikut:

Perhatian : Pegurus Pematuhan
Alamat Surat-menyurat : 12-2, Jalan Persiaran Teknologi,
Taman Teknologi Johor, 81400 Senai, Johor
e-mel : legal@i-stone.com.my
No Telefon : +6075955545
No Faks : +6075955543



DENGAN MEMBERIKAN DATA PERIBADI ANDA KEPADA KUMPULAN I-STONE, ANDA DENGAN INI MEMBENARKAN KUMPULAN I-STONE MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS. 

© Copyright 2019 i-Stone Group Berhad - All Rights Reserved.